Salam,
Ini merupakan percubaanku yang pertama untuk menulis di ruangan maya, di dalam blog peribadiku...walaupun sudah mencuba beberapa kali..sering tergendala dek kurangnya ilmu serta kemampuan untuk menulis content yang baik. Namun, hari ini, ku cuba coretkan sesuatu sebagai permulaan..kerana ku sedar, tidak mungkin akan mampu sekiranya tidak melakukan..alhamdulillah..akhirnya berjaya juga aku mencoret perenggan yang pertama ini. Tak kisahlah..ada ke orang nak baca coretan ku ini..yang penting..aku sudah mampu memulakan langkah yang pertama..
Azamku cuma satu, mencoret sesuatu untuk diri sendiri dan sekiranya ada insan lain yang boleh mendapat manafaat daripada blogku..mudah-mudahan perkongsian ilmu dapat membuahkan sesuatu yang bermanfaat dunia dan akhirat.